Friday, January 22, 2010

Petikan Bible pada senjata AS

WASHINGTON 21 Jan. - Kumpulan- kumpulan Islam berang selepas mengetahui tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Afghanistan selama ini menggunakan senapang yang tertera petikan kitab Bible di bahagian teropong sasarannya.

Syarikat yang mengeluarkan alat optik itu yang turut melatih tentera Afghanistan serta Iraq di bawah kontrak dengan tentera AS dan Marine Corps berkata, pihaknya telah mencetak petikan daripada New Testament Bible ke bahagian senapang itu selama lebih 20 tahun.

Kementerian Pertahanan Britain sementara itu mengumumkan, pihaknya telah menempah 400 teropong sasaran dengan syarikat berkenaan, Trijicon, namun menambah ia tidak sedar tentang maksud petikan Bible itu, satu keputusan yang dikecam parti pembangkang, Parti Liberal Demokrat.

Majlis Hal Ehwal Awam Islam (MPAC), mendesak Setiausaha Pertahanan, Robert Gates supaya segera menarik balik penggunaan teropong sasaran itu yang dicetak dengan petikan Bible daripada digunakan tentera AS, selepas Trijicon dilapor mengikat kontrak membekalkan lebih 800,000 alat itu kepada tentera AS.

Pentagon dalam pada itu dilihat cuba menyangkal kontroversi tersebut dengan mengatakan, ia 'diganggu' oleh laporan-laporan tertentu.

"Sekiranya terbukti apa yang didakwa ini benar, kami akan memulihkan keadaan,'' kata jurucakap Pentagon, Komander Darryn James…

Ulasan: Orang Kristian bertindak sebegini kerana keyakinan kepada agama mereka. Kita pula bagaimana?

No comments: