Tuesday, January 26, 2010

UiTM tawar 100,000 lagi tempat. Universiti lain?

UiTM tawar 100,000 lagi tempat

TEMERLOH 24 Jan. - Peluang pelajar bumiputera untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih terbuka luas apabila Universiti Teknologi Mara (UiTM) menawarkan 100,000 lagi tempat bagi sesi akan datang.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, dengan tawaran yang lebih luas itu, UiTM menyediakan 200,000 tempat bagi pelajar bumiputera bagi sesi 2010/2011 berbanding kira-kira 100,000 tempat pada masa ini.

Bagaimanapun, jelas beliau, penyediaan tempat yang lebih banyak itu tidak membabitkan penambahan kampus UiTM sedia ada di seluruh negara.

''Penawaran lebih banyak tempat bagi pelajar memasuki UiTM akan membolehkan semakin ramai pelajar bumiputera yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan melanjutkan pengajian dalam bidang kritikal seperti perubatan, kejuruteraan dan undang-undang di universiti itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) peringkat daerah Temerloh yang dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Dewan Tun Razak di sini hari ini…

Ulasan: Ada sebilangan universiti kerajaan yang sanggup mencarikkan adat mengurangkan bilangan pelajar pada peringkat sarjana muda dan/atau diploma (dikurangkan dan/atau tutup) dan menambahkan bilangan pelajar sarjana dan doktor falsafah semata-mata untuk menjadi Research University an Universiti Kelas Dunia (World Class University).

Apakah Universiti Kelas Dunia setakat bermain dengan statistik menipu diri sendiri dengan mengambil pelajar luar negara yang kelayakan yang di persoalkan hatta oleh pensyarah sendiri?

Bila sesebuah mengurangkan bilangan pelajar yang jelas rugi ialah warganegara terutamanya bumiputera. Apakan daya orang kita bila sudah jadi dan/atau rasa hebat langsung lupa peranan asas universiti kerajaan.

Jangan sampai kita menjadi Profesor Malang yang dikejar (sekadar contoh Research University,  Universiti Kelas Dunia serta pengiktirafan lain) tak dapat, yang dikendong berciciran.

Tahniah kepada UiTM kerana tetap berpegang kepada falsafah penubuhannya.


No comments: