PUTRAJAYA 21 Jan. - Bukan 700 atau 500 lori tetapi hanya 10 lori pasir sahaja dari Johor memasuki Singapura setiap hari.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Datuk Mohamed Khalid Yusuf hari ini bagi menjawab kontroversi mengenai jumlah berbeza lori pasir memasuki republik itu.
Menurutnya, kemasukan lori pasir ke Singapura tidak menyalahi undang-undang selagi pihak terbabit memiliki dokumen sah mengikrarkan jenis dan berat pasir yang dibawa.
"Itupun 10 buah lori tersebut kita (Kastam) kira dari segi purata sehari bermula awal Januari lalu, misalnya dari 1 hingga 20 haribulan, tentu ada dalam beberapa hari, lori tidak masuk. Jika ini berlaku, angkanya tentu lebih kecil lagi.
"Cuma kita boleh sahkan jika jenis pasir itu pasir laut, silika dan kuarza yang mana pihak terbabit perlu senaraikan dalam dokumen berkenaan. Aanalisis tentang jenis pasir, tanggungjawabnya terserah pada Jabatan Mineral dan Geosains," kata beliau.
Beliau ditemui pemberita pada majlis Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Ibrahim Jaapar bersama media di Ibu Pejabat Kastam di sini hari ini.
Jumlah kemasukan lori pasir ke Singapura dari Johor menjadi persoalan apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor meletakkan angka 500 lori sehari sebagai menjawab angka 700 lori yang ditimbulkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pada masa sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil berkata, statistik Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor dari 1 Januari hingga kelmarin menunjukkan hanya 149 lori membawa pasir silika ke Singapura atau kurang dari 20 lori setiap hari.
Ulasan: Atau tereler? Atau seludup di depan mata? Orang yang berpegang kepada agama akan menjaga maruah negara.
No comments:
Post a Comment