Friday, January 08, 2010

Nilai sebenar sebuah enjin F5-E ialah RM303,570

PUTRAJAYA 7 Jan. - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk 'afterburner' ialah RM303,570.

Beliau berkata nilai itu adalah berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.

Bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Saya ingin menegaskan bahawa kontrak pembelian kes Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972. Harga sebuah enjin ketika itu termasuk 'afterburner' bernilai AS$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia pada ketika itu ialah RM303,570," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai membetulkan laporan akhbar hari ini yang antara lain menyebut enjin tersebut bernilai antara RM8.5 juta sehingga RM28 juta.

Isu harga enjin itu timbul selepas ada laporan media sebelum ini yang menyebut nilai dua enjin pesawat F-5E milik TUDM yang dicuri itu adalah RM50 juta.

Beliau berkata, nilai RM50 juta itu mungkin anggaran pihak lain berasaskan harga enjin baru pada masa ini, memandangkan kementeriannya dan pihak yang membuat siasatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut…

Ulasan: Apakah bermakna BOLEH DICURI hak kerajaan walaupun harganya hanya RM1 satu? Mana ada pembelian terus oleh Kementerian terbabit? Forget about nilai sebenar bila bercakap mengenai pembelian kerajaan. Nilai sebenar kepada siapa? Nilai kepada penjual? Kepada kroni? Kepada Kementerian tertentu? 

Apa yang ada, ialah sebarang pembelian kerajaan MESTI melalui syarikat yang tertentu yang biasanya dipunyai oleh kroni diatas nama komisyen, khidmat pakar, khidmat "sokongan dan koordinasi". Semua orang faham masalah ini.

Contohnya: Kemudian pada tahun 2002 pula, namanya disebut dalam Parlimen Malaysia kerana menjadi broker atau orang tengah di atas pembelian kapal selam Scorpene oleh Tentera Laut Diraja Malaysia di dalam satu perjanjian yang bernilai ASD 800 juta. Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysian, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak. Kontrak itu dilihat tidak kompetitif kerana Menteri Pertahan Malaysia (waktu itu ialah Najib, sekarang PM) telah membayar €1 bilion (RM4.5 bilion) kepada Amaris untuk tiga kapal selam tersebut, yang mana Perimekar telah menerima komisyen sebanyak €114 juta (RM510 million). Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah memberitahu Dewan Rakyat, bahawa duit berkenaan telah dibayar bagi khidmat "sokongan dan koordinasi" walaupun bayaran yang telah dibayar naik mendadak sebanyak 11 peratus daripada harga jualan kapal selam berkenaan. (di ambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Baginda). 

Itulah khabarnya di tempat lain sebatang bolt yang berharga 30 sen satu, kerajaan kena bayar RM3.00. Itulah salah satu cara kroni dan kawan-kawannya menghabiskan duit rakyat di bawah kerajaan BN.

Kenapa pula Menteri Pertahanan sekarang sibuk mempertahankan Menteri Pertahanan dulu?

No comments: