PULAU PINANG 23 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak tanggapan bahawa beliau cuba memainkan sentimen apabila berkata, serangan 11 September 2001 ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, Amerika Syarikat sengaja dilakukan bagi tujuan memburukkan imej orang Islam.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, terdapat pihak yang berpendapat beliau cuba memainkan sentimen anti-Kristian apabila berkata serangan itu sudah dirancang terlebih dahulu oleh dunia Barat.
"Namun saya tetap bertegas dengan kenyataan saya itu," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri jamuan makan malam anjuran Persatuan Pengamal Perubatan Pulau Pinang di sini, malam ini.
Pada satu forum di Kuala Lumpur baru-baru ini, Dr. Mahathir telah berkata, beliau tidak yakin serangan ke atas WTC di New York itu dilakukan oleh pengganas Islam seperti yang didakwa, sebaliknya terdapat bukti serangan itu sudah dirancang sebegitu rupa.
"Apa yang saya dapat dengan membuat publisiti begitu. Saya bukannya mahu menjadi Perdana Menteri semula," tegas beliau.
Dr. Mahathir juga berkata, Malaysia tidak boleh semata-mata bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) tetapi perlu membangunkan ekonominya sendiri. – BERNAMA
Ulasan: Konspirasi apa pun akhirnya akan tersebar juga. Jangan hanya menarik pelaburan dari luar. Pastikan tiada permainan rasuah dan industri terpilih saja.
No comments:
Post a Comment