Monday, January 04, 2010

Harga gula tempatan masih terendah di rantau ini - Najib

PEKAN 3 Jan. - Meskipun kerajaan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram baru-baru ini, ia masih terendah berbanding negara-negara ASEAN lain.

Berbanding gula di Malaysia yang kini berharga RM1.65 sekilogram, bahan itu dijual dengan harga RM2.25 sekilogram di Thailand dan Indonesia.

Sehubungan itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, adalah tidak wajar peniaga di negara ini mengambil kesempatan untuk menaikkan harga makanan dan minuman selepas kenaikan harga gula di pasaran.

Ini kerana, tegasnya, perbezaan harga antara bahan itu yang dijual di Malaysia dan negara-negara lain di ASEAN adalah besar.

''Ada perbezaan kira-kira 60 sen sekilogram berbanding gula yang dijual di Thailand dan Indonesia.

''Jika harga gula naik 20 sen, tidak sepatutnya harga makanan dan minuman seperti teh tarik dinaikkan. Kita kena lihat kandungan gula yang digunakan dalam makanan atau minuman itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 321 murid pada majlis anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Ulasan: Oleh itu eloklah kerajaan BN terus tinggikan lagi harga gula seperti Thailand. Senang bangsa Malaysia tak makan gula lebih selamat.

No comments: