KOTA KINABALU 28 Jan. - Pilihan raya kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini berjalan dengan lancar tanpa kecenderungan para mahasiswanya berpihak kepada parti politik tertentu dalam memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Prof. Madya Dr. Kasim Md. Mansor berkata, kempen-kempen yang ditunjukkan oleh pelajar hanya menampilkan kekuatan individu.
"Tidak ada kumpulan yang berlandaskan ideologi politik di sini, setiap calon yang bertanding memperlihatkan komitmen masing-masing bagi memperjuangkan mahasiswa.
"Isu yang dimainkan mereka semasa berkempen ialah masalah kebajikan pelajar seperti kemudahan di asrama dan akademik seperti pinjaman pelajaran," katanya di sini hari ini…
Ulasan: Betulkah? Atau memang ada segolongan di tolong dan di harapkan menang oleh pihak pentadbiran IPTA? Tidak mungkin pelajar langsung tiada prihatin terhadap masalah mahasiswa dan rakyat yang di lakukan oleh orang politik yang memegang kuasa. Negara dan negeri memang di tadbir oleh orang politik yang pelbagai ideologi. Apakah pemimpin mahasiswa yang ada yang menjadi berjuang untuk kepentingan terhad mahasiswa di kampus setakat kemudahan asrama dan pinjaman matapelajaran sahaja? Siapa lagi pemimpin yang prihatin dan menolong rakyat masa depan kalau bukan siswa?
No comments:
Post a Comment