Di ibu negara, sambutan ambang tahun baru diadakan di beberapa lokasi dengan beberapa aktiviti yang berlainan daripada kebiasaan.
Di Menara Berkembar Petronas, kira-kira 10,000 warga kota membanjiri kawasan persekitaran tasik di situ dan mereka dihiburkan dengan persembahan pancutan air berirama bermula pukul 9.25 malam.
Persembahan itu ternyata menghidupkan suasana sambutan sambutan tahun baru di kalangan pengunjung termasuk pelancong asing.
Kemuncaknya ialah persembahan bunga api yang bermula tepat pukul 12 tengah malam serentak dengan lapan lagi persembahan seumpamanya di lokasi berbeza di sekitar ibu negara.
Di Dataran Merdeka pula, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin serta Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim bersama kira-kira 30,000 warga kota meraikan sambutan tahun baru 2010 dengan Konsert Ambang 2010.
Konsert itu merupakan anjuran Kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula pukul 8 malam diikuti dengan pertunjukan bunga api tepat pada detik 12 tengah malam…
Ulasan: Merdekakah negara ku? Rasanya sudah. Mungkin secara fizikal. Isinya? Merdekakah aku? Bermatian-matian pejuang negara dulu menghalau penjajah. Tapi kini budaya JWW Birch ku hidupkan semula. Aku terjajah walaupun merdeka. Bila bergaul bebas, dapatkah zina dijauhi?
Dulu hanya manusia di Barat yang sibuk merayakan Sambutan Tahun Baru Masihi. Apakah kita maju dan hebat bila kita mengikut cara hidup mereka? Dengan hanya mengikut dan menjadi pak turut kita tidak akan mencipta sejarah. Apakah sebenarnya kemerdekaan? Sedih bila 9 bulan selepas perayaan Hari Merdeka, Hari Valentine dan Sambutan Tahun Baru selalunya akan lahirlah anak haram hasil perbuatan zina selepas perayaan. Takut nanti kita kena jawab kerana tidak berusaha menghalang maksiat depan mata kita.
No comments:
Post a Comment