Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu turut campur tangan, hari ini sejak insiden itu berlaku Isnin lalu, dengan membuat teguran lembut terhadap diplomat Israel itu atas perlakuannya.
Danny Ayalon, bagaimanapun tidak meminta maaf berhubung tindakannya menjemput krew Israeli TV untuk merakamkan bagaimana beliau memaksa Duta Turki, Ahmet Oguz Celikkol duduk di atas sofa yang lebih rendah dan enggan bersalam dengannya pada Isnin lalu.
Malah beliau mempertahankan keputusannya memanggil Celikkol untuk membantah terhadap drama televisyen Turki yang menggambarkan ejen perisikan Israel sebagai kejam.
"Bukan kebiasaan saya menyinggung perasaan duta-duta. Pada masa depan saya akan menjelaskan kedudukan saya dalam cara diplomatik yang boleh diterima," kata Ayalon dalam satu kenyataan kepada media Israel, malam tadi.
Insiden itu menimbulkan kemarahan Turki dan merenggangkan lagi hubungan antara negara Yahudi itu dengan sekutu paling rapatnya dalam dunia Islam.
Israel bimbang Ankara akan menjarakkan diri dari Barat dan berpihak kepada Iran yang merupakan musuh ketatnya ketika Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengkritik keras tindakan Israel menggunakan senjata api ke atas penduduk Palestin di Gaza pada tahun lalu.
Kedutaan Turki gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan hari ini, namun Israel Radio dalam laporannya menyatakan Cellikol mahu permohonan maaf secara jelas dibuat. – AP
Ulasan: Sudahlah menjadi negara haram, Israel tidak tahu adab bila menyambut duta luar.
No comments:
Post a Comment