Thursday, January 14, 2010

Persekutuan Kristian mahu hidup harmoni

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Persekutuan Kristian Malaysia berharap masyarakat negara ini meneruskan amalan hidup secara harmoni tanpa sebarang perbalahan antara kaum.

Setiausaha Eksekutifnya, Tan Kong Beng berkata, pihaknya kini bimbang untuk mengeluarkan komen berhubung isu kalimah Allah kerana ia mungkin mencetuskan kemarahan penganut Islam.

"Kami tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan ketika ini kerana ia mampu mengundang banyak masalah terutama di antara kaum dan agama.

"Apa yang kami harap ialah masyarakat kita terus hidup dalam keadaan harmoni kerana itu yang menjadi amalan kita selama ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian persekutuan itu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald - The Catholic Weekly.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu memutuskan akhbar terbitan Gereja Katolik itu boleh menggunakan kalimah Allah atas alasan ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negara. 

Tambah Kong Beng, persekutuan itu sedang menunggu keputusan Mahkamah Rayuan dan akan menghormati apa sahaja keputusannya nanti.

Ulasan: Tak perlulah sibuk-sibuk hendakkan istilah yang telah lama ditinggalkan.

No comments: