Thursday, December 03, 2009

Semua wakil rakyat diminta guna bahasa Melayu di DUN

KOTA KINABALU 2 Dis. - Semua wakil rakyat di negeri ini diminta menggunakan bahasa Melayu semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha berterusan memartabatkan bahasa rasmi itu.

Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Mohd. Arifin Arif berkata, langkah itu penting bagi memastikan segala usaha kerajaan memperkasakan bahasa Melayu dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih berkesan.

"Saya lihat mereka boleh berbahasa Melayu dan hendaklah gunakan bahasa Melayu seboleh-bolehnya.

"Ini penting bagi memartabatkan bahasa Melayu, malah mereka perlu berusaha menguasai bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian Hadiah Cerpen Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) di sini hari ini…

Ulasan: Tidak mulia menggunakan bahasa Inggeris dan tidak hina menggunakan bahasa Melayu. Sampai bila kita menjadi benar-benar merdeka dan menguasai bahasa kita?

No comments: