PEMENTASAN Teater Natrah di Istana Budaya mendapat sambutan hangat. Kisah menyayat hati yang memaparkan perjalanan hidup seorang wanita Belanda bernama Natrah atau Maria Huberdina Hertogh itu dipentaskan selama 10 malam bermula 30 November lalu.
Atas permintaan ramai, pementasan yang menampilkan pelakon terkemuka Maya Karin, Umie Aida, Sofia Jane, Samantha Schubert dan Remy Ishak itu dilanjutkan selama empat hari lagi iaitu sehingga 13 Disember ini…
Ulasan: Ingat lagi Muzikal Islam “Sirah Junjungan” adalah merupakan sebuah karya serta arahan Erma Fatima bersempena sambutan Maulidur Rasul 1429H?
Nampak Erma begitu teguh dalam usahanya untuk memuliakan Rasulullah s.a.w. menerusi teater Sirah Junjungan.
Kalau sungguh memuliakan Rasulullah s.a.w. tinggalkanlah unsur maksiat dalam semua teater arahan kita...
Bukankah memuliakan Rasulullah s.a.w. cita-cita tertinggi sepanjang hidup kita?
No comments:
Post a Comment