KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.
Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.
“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.
n perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menim
“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaa bulkan implikasi negatif,” katanya.
Ulasan: Beri kebebasan seluasnya untuk untuk siswa bercakap mengenai masalah dalam negara. Tapi yang lebih utama ialah menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah melahirkan pemimpin negara yang takut bersuara menentang kezaliman.
No comments:
Post a Comment