Wednesday, December 02, 2009

Selangor tetap usaha dapatkan laporan tanah runtuh

SHAH ALAM 1 Dis. - Kerajaan negeri berusaha mendapat kebenaran Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan laporan siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada Disember tahun lalu didedahkan kepada mangsa dan penduduk.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya sudah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan tersebut dan sehingga kini masih belum ada maklum balas.

Katanya, laporan itu penting kepada mangsa-mangsa tanah runtuh setidak-tidaknya untuk mengetahui mengapa ia berlaku dan apakah pengajaran pada masa depan.

''Alasan mengapa kerajaan negeri berkeras berhubung ketulusan berkaitan dokumen tersebut ialah kerana ia berkaitan dengan tanah, apa jua keputusan oleh Kerajaan Persekutuan berkaitan tanah akhirnya kerajaan negeri yang bertanggungjawab.

''Jika gagal diperoleh, kita perlu mencari jalan lain untuk memastikan mangsa dan penduduk di kawasan itu tahu situasi benar yang berlaku,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kualiti Selangor di sini hari ini.

Dalam kejadian tersebut, lima nyawa terkorban dan 14 buah banglo musnah di Taman Bukti Mewah, Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pada awal pagi 6 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menegaskan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu memohon kepada kementerian tersebut untuk mendedahkan kandungan laporan siasatan tanah runtuh itu kepada umum.

Kata Shaziman, selagi MPAJ tidak mengemukakan permohonan, status laporan itu kekal sebagai "rahsia" dan kerajaan Selangor tidak boleh mendedahkannya kepada orang ramai…

Ulasan: Kenapa kerajaan BN takut sangat untuk memberitahu rakyat?

No comments: