KUALA LUMPUR 2 Dis. - Pihak mahkamah perlu mencari cara terbaik memastikan sesuatu kes perbicaraan tidak tertangguh begitu lama kerana ia akan memberi kesan negatif kepada banyak pihak.
Profesor tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Salleh Buang berkata, mahkamah yang memegang kuasa untuk membuat semua keputusan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau terpaksa ditangguhkan.
"Memang dalam sesuatu kes, satu pihak akan cuba mengatur strategi untuk melambat-lambatkan kes perbicaraan dengan menggunakan prosedur mahkamah kerana ada sebabnya.
"Ini memang strategi biasa. Satu sebabnya, apabila semakin lama ia tertangguh, ramai orang akan jadi hilang minat terhadap kes tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini…
Ulasan: Bila mahkamah akan sambung perbicaraan kes Peristiwa Berdarah Memali? Kini rakyat sudah 24 tahun menunggu untuk melihat keadilan dilaksanakan. Lagi 24 tahun?
No comments:
Post a Comment