Tuesday, December 15, 2009

Seorang maut pusat beli-belah meletup

MELAKA 14 Dis. - Seorang mati manakala 20 lagi cedera termasuk enam parah dan enam separa kritikal apabila bahagian medan selera di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di Jalan Panglima Awang, di sini tiba-tiba meletup, dipercayai akibat kebocoran gas.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1 petang, kesemua mangsa dikatakan sedang melakukan persiapan terakhir di premis tersebut sebelum pusat beli-belah terbesar di Malaysia itu, dibuka Khamis ini.

Mangsa yang maut ialah penyelia sebuah restoran, Tiau See Peing, 25.

Tiga lagi yang separa kritikal antaranya adalah Mohd. Tarmizi Jaafar, 23, Lai Soon Wee, 32 dan Ooi Kok On, 33.

Mangsa yang lain antaranya adalah lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia, seorang wanita Myanmar dan sembilan warga tempatan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada kebocoran gas petroleum cecair (LPG) di salah sebuah restoran di medan selera tersebut….

Ulasan: Kata orang kemalangan ialah kita berada di tempat yang salah pada waktu yang salah (happens to be at a wrong place at a wrong time). Kemalangan boleh berlaku kepada semua orang. Yang penting ialah kita beriman dan taat kepada Allah mengikuti semua perintah Allah ikut cara Rasulullah s.a.w. pada setiap masa dan keadaan. 

No comments: