MB selar media aibkan diri, keluarganya
KOTA BHARU 2 Dis. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media yang didakwa telah mengadu domba melalui pelbagai laporan dengan niat hendak mengaibkan diri dan keluarganya.
Beliau menyifatkan tindakan media itu seperti golongan ‘namimah’ iaitu orang yang suka melaga-lagakan orang lain dan sukar untuk dimaafkan.
Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai cerita mengenai dirinya dan keluarganya dipaparkan di media kebelakangan ini.
“Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak ‘namimah’, namimah ini bukan saja berdosa dengan Tuhan tapi juga dengan orang.
“Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tapi berdosa dengan orang kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat,” katanya.
Berucap pada majlis pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas Kelantan di sini petang ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mungkin memaafkan pihak media yang disifatkan suka mengadu domba.
“Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah.
“Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jaga lima perkara antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Magna Carta, bukan kuasa PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.
Beliau menarik perhatian laporan mengenai doanya terhadap Perdana Menteri misalnya difokuskan kepada bala sahaja dan tidak kepada perkara baik yang disebutnya.
“Mereka tumpu pasal bala, mereka tak sebut saya minta Allah perbetulkan fikiran Najib tentang pemberian royalti,” katanya…
Ulasan: Ertinya ada pihak yang ingin melihat Nik Aziz berhenti supaya lebih senang rakyat diperbudakkan sampai bila-bila di bawah pemerintahan BN/UMNO. Katakan TIDAK kepada BN/UMNO kerana kami adalah rakyat merdeka.
No comments:
Post a Comment