KUALA TERENGGANU 6 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perbuatan mendoakan keburukan terhadap seseorang adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam.
''Ini tak betul pada ajaran Islam," kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Mangsa Banjir Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak, di sini, petang ini…
Ulasan: Tidak mungkin doa kita:Ya Allah tolong lah orang jahat. Kerana selama kita di larang menolong orang jahat. Dalam Surat Huud ayat 113, Allah telah berfirman: Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
Berdasarkan nota kaki No: 740 Quran dan Terjemahan (Indonesia), cenderung kepada orang yang zalim maksudnya menggauli mereka serta meridhai perbuatannya. Akan tetapi jika bergaul dengan mereka tanpa meridhai perbuatannya dengan maksud agar mereka kembali kepada kebenaran atau memelihara diri, maka dibolehkan.
Kalau setelah pembayaran royalty diselesaikan, bolehlah kerajaan BN bercakap tentang pembayaran wang ihsan sebagai tambahan lebih @ extra dari wang royalti. Tapi hebat sangatkah kerajaan BN mengotakan janji? Atau mansuhkan Akta Kontrak di Malaysia atau biar kedua pihak yang buat perjanjian bersetuju untuk memansuhkan perjanjian itu atau bersetuju membuang perkataan royalti dari perjanjian asal.
Kenapa kerajaan BN sibuk sangat padahal ia bukan pihak yang mengikat perjanjian. Bukanlah offerer, bukan juga offeree. Tapi duduk menyibuk ditengah-tengah. Ingatlah bahawa kezaliman akan mencepatkan keruntuhan kerajaan BN/UMNO.
No comments:
Post a Comment