Oleh Syed Mu’az Syed Putra
November 03, 2011
Khairy berkata Seksyen 15 AUKU kini telah menjadi “lapuk”. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Tiga pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan menteri menggesa Putrajaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Pada masa yang sama mereka menggesa kerajaan memansuhkan Seksyen 15 AUKU dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik dibawa Datuk Seri Najib Razak.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan itu akan dibawa ke Kabinet, sebelum memutuskan sama ada perlu atau tidak kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Kata beliau, perbincangan teliti akan dibuat di peringkat kementerian, sebelum ia dibawa ke mesyuarat Kabinet, secepat mungkin.
Hari ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden MCA Gan Peng Siew berpendirian bahawa Seksyen 15 AUKU perlu dimansuhkan selaras dengan program transformasi politik.
Mereka juga menegaskan dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu peruntukan 15(5)(a) sudah tidak lagi wujud dan kini mahasiswa bebas untuk berpolitik.
“Boleh, dengan sendirinya,” kata Saifuddin pada sidang media di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini hari ini.
Khairy menambah: “Dengan keputusan mahkamah itu, ia dah jadi lapuk.”
Sementara itu Gan berkata, “mahkamah sudah buat keputusan, Seksyen 15(5)(a) sudah tidak wujud. Mahasiswa boleh terlibat dalam politik.”....
Ulasan: Selamat menyelamatkan negara dari BN.
No comments:
Post a Comment