Wednesday, November 02, 2011

Seksualiti Merdeka: Bukan bebas tapi babas

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka.

“Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah SWT selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar).

Beliau mengulas mengenai program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

Program itu kononnya berteraskan perjuangan human right, menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Sekilas pandang, kata Nasrudin mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia.

“Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan human right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah yang mencipta manusia,” tegasnya kepada Harakahdaily…

No comments: