Thursday, November 03, 2011

Firma China, India cenderung beri rasuah

BERLIN 2 Nov. - Firma China dan Rusia berkemungkinan paling tinggi untuk memberi rasuah ketika melakukan operasi di luar negara, berdasarkan indeks terbaru 'Pemberi Rasuah' oleh sebuah badan anti-rasuah di sini.

Badan itu, Transparency International berkata, sektor paling banyak berlakunya penyelewengan adalah sektor pembinaan dan pemberian kontrak infrastruktur awam. 

Firma China dan Rusia berada di tangga terbawah iaitu masing-masing tempat ke-27 dan ke-28 dalam indeks 2011 yang diterbitkan hari ini.

Firma Belanda, Switzerland, Belgium, Jerman dan Jepun berada di tangga teratas manakala Britain dan Amerika Syarikat masing-masing di tangga kelapan dan kesembilan.

Malaysia, Hong Kong, Itali dan Afrika Selatan masing-masing berada di tangga ke-15 dengan indeks 7.6.

Badan anti-rasuah itu berkata, tiada satu pun daripada 28 negara yang ditinjau termasuk semua negara anggota Kumpulan 20 (G20) dilihat bersih sepenuhnya daripada rasuah dan hanya jumlah kecil negara berjaya membuat perubahan besar sejak indeks rasuah 2008…

Ulasan: Mengapakah kita sanggup menjatuhkan diri ke lembah hina apabila penerima rasuah? Siapa yang sebenarnya jadi lembu?


No comments: