Wednesday, November 02, 2011

Kabinet akan bincang AUKU dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi akan membincangkan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU) ke Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan keputusan daripada jemaah menteri sama ada kes tersebut wajar dirayu ke Mahkamah Persekutuan atau sebaliknya. 

"Kita menghormati keputusan mahkamah tetapi dalam proses undang-undang, saya percaya kita ada satu lagi peluang untuk pergi ke Mahkamah Persekutuan.

"Saya akan berbincang untuk menentukan sama ada kita perlu lalui atau merayu keputusan itu atau tidak," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang dekat sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) akta berkenaan yang melarang mahasiswa berpolitik sebagai tidak sah dan melanggar Perlembagaan.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, berdasarkan pindaan AUKU 2009, ia perlu difahami bahawa terdapat peruntukan di dalam akta berkenaan yang tidak membenarkan para pelajar menjadi ahli kepada mana-mana parti politik…

Ulasan: Kenapa kerajaan BN benar-benar mahukan AUKU?

No comments: