Thursday, November 03, 2011

IKRAM Selangor memandang serius program Kumpulan Hak Asasi terhadap Kemerdekaan Seksualiti LGBT

IKRAM Selangor memandang serius program Kumpulan Hak Asasi terhadap Kemerdekaan Seksualiti LGBT hari ini

2 November, 2011

IKRAM Selangor memandang serius usaha Kumpulan Hak Asasi manusia yang menganjurkan Program Seksualiti Merdeka anjuran beberapa gabungan NGO yang turut mendapat sokongan Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta hampir 20 NGO lain bagi mendapat pengiktirafan hak asasi manusia dalam kelakuan seksual lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT) di Malaysia

Selain menjadikan peruntukan hak asasi manusia yang dipegang UN, kumpulan ini juga menggunakan Convention "Crimes Elliminition of all Descriminations againts Women" -CEDAW UN antaranya terhadap kebebasan kelakuan seksual di Malaysia khusunya yang berkaitan hak-hak wanita. 

Bagi yang ingin tahu merujuk laman http:// un.org bahawa kenyataan CEDAW ialah "The Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW), adopted in 1979 by the UN General Assembly, is often described as an international bill of rights for women. Consisting of a preamble and 30 articles, it defines what constitutes discrimination against women and sets up an agenda for national action to end such discrimination."

Dalam artikel ini terdapat kenyataan tentang hak kebebasan manusia kaum wanita yang wajar seperti pekerjaan dan isu keganasan terhadap kaum wanita yang boleh diterima namun namun terdapat juga antaranya isu kebebasan manusia untuk mengamalkan lesbian, gay, bisexsual atau penukaran jantina sebagai hak yang tidak boleh dilekehkan, dihina atau diancam secara fizikal dsbnya. Mereka ini adalah manusia normal yang perlu diiktiraf dan tidak dipandang sonsang.

Kumpulan ini meskipun tahu pihak Kerajaan Malaysia tidak menerima pakai LGBT untuk diamalkan di negara ini, mereka tetap melakukan lobi berterusan meskipun mendapat tentangan masyarakat Muslim dan kumpulan agama lain.

Desakan mereka pastinya disokong secara langsung oleh Kumpulan Hak Asasi dunia yang menerima pakai CEDAW meskipun ada tuntutan CEDAW ada yang wajar khususnya dalam menentang keganasan seksual terhadap kaum wanita dan hak-hak mereka dalam masyarakat.

Sebarang respon negatif kerajaan pastinya akan menerima tekanan masyarakat antarabangsa khususnya kumpulan Hak Asasi Manusia. Kini kumpulan Hak Asasi sudah seperti tuhan yang menghalal dan mengharamkan sesuatu perkara. Mereka sudah berani mencabar kedaulatan agama Islam dan juga agama manusia yang lain.

Kumpulan ini mereka berselindung di sebalik CEDAW untuk kerajaan menghalalkan amalan lesbian, gay, bisexsual dan trangender atau penukaran jantina agar diterima pakai di Malaysia. Mereka beralasan kebebasan dan kemerdekaan seksualiti ini adalah dijamin oleh hak asasi dunia dan merupakan satu amalan yang fitrah kerana telah ramai yang melakukan dan selesa dengan amalan sedemikian.

Sekiranya kerajaan melayan kumpulan ini sudah tentu masyarakat malaysia khususnya umat Islam akan menjadi lebih keliru dan rosak sistem kekeluargaannya. Akan berlaku lebih banyak salah laku seksual walaupun ditentang hukum Islam dan fitrah. Mereka ini semakin berani kerana adanya dokongan padu oleh tokoh-tokoh NGO seperti Datuk Ambiga bekas Presiden Bar Council Malaysia

Program kali keempat sejak 2008 akan diadakan secara besar-besaran dan tahun ini program mereka dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011, "Queer Without Fear" bermula dari 1 Nov – 13 Nov, 2011, The Annexe Gallery, KL. Projek kesedaran kebebasan ini dianjurkan oleh Seksualitimerdeka.org

Oleh yang demikian masyarakat Islam hendaklah sedar, menyatakan pendirian tegas, menolak agenda jahat dan bangkit menentang agenda kumpulan ini agar masyarakat Islam dan masyarakat amnya terpelihara dari budaya barat yang akan menghancurkan nasab umat Islam dan negara yang mulia ini.

Shamsul Ma'arif Hj Ismail
YDP Pertubuhan IKRAM Selangor.

No comments: