Wednesday, November 23, 2011

Tiada laporan polis terhadap Tun Dr. Ling Liong Sik?

Tiada laporan polis terhadap Liong Sik

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Tiada sebarang laporan polis yang dibuat khusus terhadap bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik sehingga ke hari ini berhubung dakwaan penipuan dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pegawai penyiasat, Supritendan R. Rajagopal memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, laporan khusus daripada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penipuan yang didakwa dilakukan juga tidak dibuat terhadap Liong Sik…

Liong Sik, 67, dibicarakan atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta-fakta berkaitan pembelian tanah membabitkan RM1.08 bilion antara 25 September dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ulasan: Tun pun menipu wang rakyat juga?

No comments: