Thursday, November 03, 2011

Gubal akta lindungi penyelamat

BEIJING 2 Nov. - Sebuah bandar di selatan China, Shenzen mempertimbangkan satu undang-undang untuk melindungi individu yang membantu orang tidak dikenali, daripada disaman ekoran kes membabitkan seorang kanak-kanak yang cedera diabaikan oleh 18 orang yang lalu-lalang.

Akhbar China Daily berkata, undang-undang tersebut akan melindungi individu yang berniat baik daripada dikenakan tindakan sekiranya usahanya gagal selagi tiada unsur-unsur kecuaian atau sabotaj.

Pembaharuan itu dibuat selepas kematian seorang kanak-kanak perempuan, Yue Yue, 2, yang dilanggar dua kali di selatan bandar Foshan pada bulan lalu.

Dalam kejadian itu, sekurang-kurangnya 18 pejalan kaki sekadar melintasi kanak-kanak malang tersebut yang terbaring pengsan di atas jalan. Tindak-tanduk mereka dilihat menerusi video CCTV di tempat kejadian, sekali gus mengejutkan seluruh negara serta menimbulkan soal moral rakyat China.

Negara-negara Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan Australia sudah mempunyai undang-undang melindungi penyelamat daripada disaman. Di Perancis, orang ramai boleh dihukum sekiranya gagal membantu individu yang dalam bahaya…

Ulasan: Negara kita, bagaimana?

No comments: