MELAKA 2 Nov. - Orang Melayu yang menentang keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dianggap sebagai jahil terhadap kegemilangan bahasa Melayu.
Tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim berkata, golongan tersebut tidak menyedari apa fungsi bahasa Melayu yang sebenarnya lambang jati diri bangsa.
"Di setiap negara di dunia ini masing-masing ada bahasa kebangsaan mereka sendiri tetapi kira orang Melayu begitu mudah mengetepikan bahasa ibunda dan mengagung-agungkan bahasa orang lain.
"Bagi saya, orang Melayu yang menentang keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini bukan sahaja jahil tetapi mereka juga mempunyai fikiran yang sempit," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan persidangan antarabangsa karya Melayu agung Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini….
Ulasan: Manakah jiwa yang merdeka?
No comments:
Post a Comment