Tuesday, November 29, 2011

Selenggara jalan tidak dipantau

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Kerja-kerja menurap dan menyelenggara jalan raya yang tidak dipantau secara serius oleh pihak berkuasa bertanggungjawab menyebabkan ia dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Kluster Kejuruteraan, Teknologi dan Alam Bina Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Ahmad Darus berkata, kerja itu perlu diteliti dan dipantau secara serius kerana ia menyumbang kepada risiko kemalangan jalan raya selain meningkatkan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung kerajaan.

“Justeru, pihak berkenaan perlu membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan kerja dilakukan mengikut piawaian ditetapkan bagi mengelak berlaku kerosakan berulang,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini...

No comments: