Selasa, 01 November 2011
GAZA - Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniah menghubungi Setiausaha Agung Parti Islam Nahdhah, Tunisia, Rasyid Al Ghanusyi melalui telefon untuk menyampaikan ucapan selamat atas kemenangan partinya dalam pilihan raya pertama selepas Revolusi di Tunisia.
“Saya sangat optimis masa depan Tunisia kelak akan cemerlang, menjadi lebih baik daripada sebelumnya, berdasarkan perjalanan pilihan raya secara adil sesuai dengan keinginan bangsa Tunisia yang rindukan kebebasan,” katanya.
Tambahnya, perubahan yang berlaku di Tunisia saat ini menjanjikan masa depan yang lebih baik terhadap permasalahan Palestin dan nasib bangsanya.
Ghanusyi sendiri dalam hal ini mengaitkan kemenangan partinya dengan Palestin.
“Sikap bertahannya para pahlawan di Gaza benar-benar telah memberikan inspirasi terhadap kebangkitan umat di setiap tempat,” ujarnya.
Menurut beliau, ketika ini umat sedang merayakan dua pesta besar iaitu pertama, pembebasan tawanan Palestin dari penjara Israel yang menyaksikan pihak Israel mengalah dengan permintaan Palestin, dan kedua, kemenangan Parti Islam Nahdhah dalam pilihan raya Tunisia.
Hasil keputusan daripada pilihan raya menunjukkan Parti Nahdhah memenangi hampir setengah daripada kerusi parlimen di Tunisia.
No comments:
Post a Comment