KLANG 2 Nov. – Penyair terkenal, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak agar pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dikaji semula, hanya membuang masa kerana perkara itu dianggap telah selesai.
Beliau yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, sepatutnya masa yang diambil oleh pihak berkenaan bagi membincangkan isu tersebut, digunakan untuk mencari jalan bagaimana hendak memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar.
“Saya rasa tidak perlu isu menjadikan PPSMI sebagai satu pilihan medium pengajaran kerana bahasa Melayu telah terbukti sejak sekian lama menjadikan pembelajaran lebih kondusif dalam kalangan pelajar sekolah.
“Kami sebelum ini bersetuju dengan pemansuhan PPSMI dan pihak terbabit sepatutnya tidak perlu bersikap berbolak-balik dalam isu tersebut hingga meminta kerajaan menjadikan ia satu pilihan pula,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Seluruh Negara Membaca Serentak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Unjur di sini, hari ini…
No comments:
Post a Comment