Tuesday, November 01, 2011

Mahathir patut nasihat Petronas keluar zakat

TEMERLOH, 31 Okt: PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya…

Ulasan: Tun Mahathir  telah bersara sebagai PM pada 31 Okt. 2003 setelah 22 tahun. Tak sampai sebulan selepas beliau telah dilantik sebagai penasihat Petronas.  Bilakah Tun M akan menasihatkan Petronas supaya membayar zakat?

No comments: