Tuesday, November 01, 2011

Mahkamah: AUKU tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak mengikut perlembagaan dan mencabut kebebasan bersuara.

Dalam keputusan penanda itu, dua hakim menyanggah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan AUKU sebagai berperlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.

Keputusan majoriti inidiperoleh apabila Hakim Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Linton Albert membenarkan rayuan empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Seorang lagi hakim Low Hop Bing berbeza pendapat.

Mahkamah Tinggi pada 28 September menolak saman pemula yang dikemukakan empat pelajar jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka atas yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Keputusan dibuat oleh Hakim Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas Datuk Aziah Ali.

Pelajar-pelajar terbabit, kesemuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco). –Malaysiakini. 

Ulasan: Malaysia bertuah kerana mempunyai pelajar yang berani membawa kes ini ke mahkamah. AUKU patut di mansuhkan.

No comments: