TUNIS 22 Nov. - Tiga parti utama Tunisia secara rasmi mengumumkan perjanjian perkongsian kuasa semalam, 10 bulan selepas bekas Presiden Zine el Abidine Ben Ali digulingkan.
Hamadi Jebali yang merupakan Setiausaha Agung Parti Ennahda, parti yang memperolehi undi majoriti dalam pilihan raya bulan lalu, dilantik menjadi Perdana Menteri manakala jawatan utama lain seperti Presiden dan Pengerusi Dewan Perhimpunan akan dibahagikan antara dua parti sayap kiri.
Moncef Marzouki dari Kongres bagi Parti Republik (CPR) akan menjadi Presiden dan dan Mustapha Ben Jaafar dari Parti Ettakatol akan mempengerusikan Dewan Perhimpunan untuk mendraf Perlembagaan baru.
Seramai 217 anggota dewan baru akan berhimpun buat pertama kalinya hari ini bagi mengesahkan tiga jawatan itu.
Dewan Perhimpunan didominasi oleh Parti Ennahda, parti yang diilhamkan oleh Ikhwan Muslimin dengan memiliki 89 kerusi, sementara Parti CPR dan Ettakatol masing-masing mempunyai 29 dan 22 kerusi perwakilan. – AFP
Ulasan: Bekerjasama untuk keadilan rakyat.
No comments:
Post a Comment