Tuesday, November 29, 2011

Penduduk Mesir mengundi

KAHERAH 28 Nov. – Rakyat Mesir hari ini keluar mengundi pada pilihan raya Parlimen pertama negara ini, selepas bekas Presiden Hosni Mubarak disingkirkan dalam satu pemberontakan pada Februari lalu.

Di Kaherah, pengundi beratur panjang di luar pusat-pusat pengudian sebelum ia dibuka, satu petanda luar biasa yang ditunjukkan orang ramai yang berminat dengan politik selepas berdekad-dekad menunjukkan sikap acuh tidak acuh.

“Saya mengundi untuk kebebasan. Kami telah lama hidup seperti hamba. Kini kami mahukan keadilan dan kebebasan,” kata Iris Nawar, 50, di daerah Maadi, pinggir bandar Kaherah.

Parti-parti Islam yang diiktiraf secara rasmi selepas kejatuhan Mubarak, dijangka menang besar dalam pilihan raya tiga pusingan itu yang akan berlangsung sehingga 10 Januari ini.

Parlimen baru perlu membentuk satu jawatankuasa untuk merangka Perlembagaan baru sebelum pilihan raya Presiden yang akan diadakan pada akhir Jun tahun depan. – Agensi..


No comments: