Wednesday, January 12, 2011

2 anggota polis cedera dicekup SPRM

PULAU PINANG 10 Jan. - Dua anggota polis cedera ketika cuba melarikan diri daripada dicekup sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai orang awam di Jalan Gurney, di sini hari ini.

Dalam insiden pukul 1.30 petang, kedua- dua suspek sebelum itu meminta sogokan bagi melepaskan dua 'orang awam' terbabit yang ditahan setelah berpura-pura melakukan kesalahan lalu lintas.

Difahamkan, SPRM sebelum ini menerima banyak aduan orang ramai mengenai kegiatan rasuah melibatkan anggota polis di kawasan berkenaan.

Bertindak daripada maklumat diberikan, SPRM memasang perangkap bagi menahan suspek.

Ketika ditahan, suspek meminta wang daripada 'orang awam' tersebut supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Semasa mahu menyerahkan suapan wang tunai RM800, dua lagi pegawai SPRM muncul dan cuba menahan suspek.

Kedua-dua suspek cuba meloloskan diri semasa hendak digari tetapi terjatuh sehingga mengalami cedera ringan sebelum berjaya diberkas…

Ulasan: Hinanya kita bila mencari rezeki yang haram.

No comments: