JAKARTA 11 Jan. - Indonesia mencatat daftar kelahiran bayi sebanyak 4.5 juta orang setiap tahun sejak 10 tahun lalu dan keadaan ini seharusnya mencetuskan kebimbangan kepada kerajaan negara itu.
Pertambahan kadar kelahiran setiap tahun itu dikatakan menyamai jumlah penduduk Singapura atau empat kali ganda jumlah penduduk Timor Leste.
Berdasarkan bancian pada 2010, penduduk republik ini berjumlah 237.6 juta orang, meningkat sebanyak 3.5 juta orang berbanding jangkaan sebelum ini.
Pertambahan penduduk itu akan meningkatkan beban kerajaan kerana terpaksa menyediakan prasarana yang sempurna kepada rakyat…
Ulasan: Semoga Islam terus subur di Nusantara. Memang tugas kerajaan untuk menyediakan negara kepada rakyat tanpa korupsi.
No comments:
Post a Comment