Wednesday, January 12, 2011

PDI gesa masyarakat India terima realiti sejarah

Persatuan Dinamik India gesa masyarakat India terima realiti sejarah

IPOH 11 Jan. - Masyarakat India perlu menerima realiti sejarah bahawa memang wujud sistem kasta dalam budaya kaum tersebut.

Presiden penaja, Persatuan Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel, 45, berkata, sistem tersebut bukan dicipta oleh orang Melayu tetapi masyarakat itu sendiri sejak berkurun dahulu.

"Jadi jangan marah tidak tentu fasal. Satu pertanyaan saya kepada semua masyarakat India termasuk parti politik di sini, jika tidak wujud sistem kasta, mengapa dibenarkan persatuan yang mewakili setiap kasta beroperasi secara aktif di negara ini.

"Malah, dalam hal perkahwinan masyarakat India hari ini pun perkara berkaitan kasta masih kuat diamalkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini….

Ulasan: Marilah memeluk Islam kerana tidak ada kasta dalam Islam.

No comments: