Monday, January 24, 2011

Kementerian Kerja Raya perkenal NeTI proses bida tender

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Selepas kejayaan program bekerja dari rumah untuk kakitangannya, Kementerian Kerja Raya terus mengorak langkah dalam penggunaan teknologi maklumat apabila memperkenalkan National e-Tendering Initiatives (NeTI) atau e-Tender untuk proses pembidaan tender.

Menerusi pelaksanaan NeTI, proses penilaian tender dibuat secara dalam talian dan kontraktor tidak perlu lagi datang untuk membeli borang di pejabat kementerian di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, apa yang perlu dilakukan kontraktor ialah mengisi maklumat syarikat menerusi laman sesawang www.tender.gov.my.

Katanya, sebagai permulaan, projek perintis itu hanya membabitkan kontraktor kelas A yang memohon untuk mendapatkan projek membina bangunan yang bernilai RM10 juta ke atas.

Menurutnya lagi, program NeTI yang pertama kali diperkenalkan itu akan memastikan ketelusan dalam proses pemberian tender kerajaan kepada kontraktor kerana ia dibuat tanpa membabitkan pertemuan mana-mana pihak….

Ulasan: Tahniah kerana kegigihan JKR memperkenalkan National e-Tendering Initiatives (NeTI) atau e-Tender untuk proses pembidaan tender. Tapi selagi BN/UMNO memerintah sukar untuk selesaikan rasuah dalam industri pembinaan.

No comments: