Monday, January 24, 2011

Jangan debat, nanti demam. Siapa?

LABIS 18 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

"Sudah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

"Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti," katanya…

Ulasan: Tak payahlah buka cerita buruk orang. Kita pun apa kurangnya. Lebih baik berdebat mengenai hala tuju negara. Ada manfaat untuk rakyat. Pemimpin negara sepatutnya melatih rakyat melihat lebih jauh ke depan hatta akhirat.

No comments: