2011/01/10 KUALA LUMPUR: Dalam filem atau drama televisyen tempatan yang bergenre seram, watak ustaz sering dipaparkan sebagai tukang halau hantu dan jin.
Walaupun perkara ini bagi sesetengah orang adalah remeh, di kalangan pendakwah, watak ustaz yang seperti itu disalah guna dan fungsi sedemikian perlu diperbetulkan.
“Pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan besar yang dimainkan oleh pendakwah atau ustaz dan bukan menyempitkan peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.
“Sedangkan peranan sebenar ustaz adalah sebagai pembimbing masyarakat ke jalan benar. Watak seorang ustaz sepatutnya diperlihatkan sebagai pendakwah yang bertanggungjawab mengajak umat Islam melakukan kebaikan di muka bumi ini,” kata Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia, Ustaz Mohd Azahari Yusuf kepada BERNAMA…
Ulasan: Bersama-sama kita membantu manusia jadi baik.
No comments:
Post a Comment