Wednesday, January 05, 2011

Indonesia disaran contohi Tabung Haji

JAKARTA 4 Jan. - Model kejayaan Lembaga Tabung Haji Malaysia mengelolakan pengurusan jemaah haji seharusnya dijadikan contoh oleh Indonesia.

Kecemerlangan Tabung Haji Malaysia, kata ahli akademik, Azyumardi Azra, sudah lama terbukti di peringkat antarabangsa kerana menguruskan jemaah haji dengan profesional dan diyakini.

"Cadangan bahawa Indonesia harus meniru model Tabung Haji Malaysia merupakan usul yang baik.

"Kita di sini (Indonesia) harus mengasaskan sebuah lembaga yang khusus bagi mengelolakan dana haji seperti Badan Otorita (Berkuasa) Dana Haji," kata Azyumardi seperti yang dipetik akhbar Media Indonesia di sini hari ini.

Cadangan Indonesia mengambil model pengurusan Tabung Haji Malaysia disuarakan oleh Rektor Universiti Islam Negeri Jakarta, Rusliwa Somantri baru-baru ini…

Ulasan: Tidak hina bila mengikut kebaikan. Teruskan usaha supaya menjadi yang terbaik.

No comments: