Friday, January 07, 2011

Misbun terus kunci mulut

KUALA LUMPUR - "Buat masa sekarang saya tidak mahu bercakap kerana ia hanya akan mengikut perasaan,'' ujar Datuk Misbun Sidek ketika menjelaskan mengapa beliau dilihat seperti mahu mengelak daripada masalah yang sedang berlaku.

Sehingga hari ini, jurulatih perseorangan negara itu masih enggan bersemuka dengan pegawai kanan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), malah terus 'mengunci mulut' walaupun diasak bertali arus oleh media yang mahu mendapat penjelasan di sebalik tindakannya meletakkan jawatan…

Ulasan: Satu sikap yang wajar dipuji. Orang yang hebat tidak akan bercakap ikut perasaan.

No comments: