Tuesday, January 18, 2011

Serendah RM5 rawatan pakar di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak

KOTA SAMARAHAN 16 Jan. - Kewujudan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini melakar sejarah tersendiri apabila menawarkan rawatan pakar termurah di dunia dengan bayaran serendah RM5, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, pusat jantung itu manifestasi keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan rakyat yang menjadi pegangan sejak sekian lama.

"Saya tidak tahu jika negara lain ada bayaran RM5 untuk dapat rawatan jantung daripada doktor pakar, mungkin tiada agaknya.

"Saya rasa ini kisah luar biasa namun inilah yang kita lakukan di Malaysia, ia perlu disebarkan kerana pembangkang walaupun dia hanya bayar RM100 setahun (kepada rakyat) dia besar-besarkan, sedangkan kita beri pertolongan pada setiap hari," katanya berucap merasmikan Pusat Jantung HUS di sini hari ini…

Ulasan: Bila pembangkang semakin digeruni oleh pihak kerajaan yang mendapat manfaat secara langsung ialah rakyat. Tahniah Pakatan Rakyat.

No comments: