KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yakin segala serangan terhadap agensi itu tidak akan membuatkan peneroka terpengaruh dan menyokong perjuangan pembangkang.
Beliau berkata, sebaliknya para peneroka faham segala tuduhan yang dilemparkan termasuk Felda bankrap hanyalah permainan politik pembangkang yang akan terus memuncak sehingga pilihan raya akan datang.
“Malah semenjak penubuhan Felda 50 tahun lalu, pembangkang tidak pernah memuji agensi ini sebaliknya suka menimbulkan isu yang buruk sahaja,” katanya.
Mohd. Isa berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan tugas antara beliau dengan bekas Pengerusi, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor di Balai Felda di sini hari ini….
Ulasan: Tak betul. Kerana pembangkang menghormati peranan Tun Razak menolong rakyat dulu. Sekiranya tidak ada pihak yang menimbulkan isu yang buruk, maka akan habislah khazanah negara di sedut melalui pelbagai cara yang tidak sah. Peranan pembangkang yang positif perlu diterima kini.
No comments:
Post a Comment