Monday, January 24, 2011

Penunjuk perasaan desak kerajaan sementara Tunisia letak jawatan

TUNIS 23 Jan. - Kira-kira 1,000 penunjuk dari sebuah kawasan luar bandar di tengah negara ini tiba di ibu negara ini hari ini bagi mendesak kerajaan sementara Tunisia meletak jawatan.

Kumpulan penunjuk perasaan yang datang dari sebuah wilayah pertanian miskin, kawasan bermulanya pemberontakan menentang pemerintahan Presiden Tunisia Zine El Abidine Ben Ali sehingga membawa kepada pengulingannya pada bulan lalu kini mendesak kerajaan sementara turut meletak jawatan.

"Kami datang untuk menumbangkan kerajaan," kata kumpulan itu yang berteriak semasa mereka berarak melalui kawasan tengah Tunis.

'Kumpulan Pembebasan' itu semalam bertolak dari bandar Menzel Bouzaiane, di mana mangsa pertama tindakan kekerasan pihak berkuasa ke atas kumpulan pembantah yang menentang pemerintahan Ben Ali terbunuh pada bulan lalu.

"Kami telah datang untuk menumbangkan seluruh pemerintahan diktator," kata Mohammed Layani, seorang warga tua yang membaluti tubuhnya dengan bendera Tunisia.

Sejak kebelakangan ini ada sahaja bantahan yang berlaku setiap hari bagi mendesak Perdana Menteri, Mohammed Ghannouchi yang menjawat jawatan itu sejak 1990 walaupun Ben Ali telah disingkirkan.

Penunjuk perasaan juga mendesak pembubaran parti pemerintah, Perhimpunan Demokratik Perlembagaan (RCD) yang menguasai politik Tunisia selama berdekad-dekad. – AFP

Ulasan: Jangan buat kerja separuh jalan. Lawan tetap lawan, untuk kebaikan negara dan rakyat.

No comments: