Monday, January 10, 2011

Dua penguat kuasa dicekup khalwat

2011/01/10 JITRA: Dua anggota penguat kuasa daripada sebuah agensi kerajaan di negeri ini dicekup berkhalwat oleh jemaah masjid di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, di sini, pagi kelmarin. 

Kedua-dua mereka bertugas di agensi sama tetapi suspek lelaki bertugas di cawangan Kulim, manakala pasangannya bertugas di cawangan Kubang Pasu. 
Pasangan terbabit yang masing-masing berusia 25 dan 26 tahun dicekup kira-kira jam 11 pagi selepas jemaah masjid di kawasan perumahan itu mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila rumah yang disewa penghuni wanita yang ketika itu tinggal seorang diri dikunjungi seorang lelaki. 

Difahamkan, wanita itu dikatakan menyewa di rumah itu bersama beberapa rakannya yang lain, tetapi ketika kejadian semua rakan serumahnya pulang ke kampung sempena cuti hujung minggu….

Ulasan: Terima kasih kepada penduduk tempatan yang mengambil berat supaya kawasan tempat tinggal mereka jauh dari maksiat.

No comments: