Friday, January 07, 2011

ATM bangunkan modal insan

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Kementerian Pertahanan akan terus komited membangunkan modal insan dengan memastikan pegawai-pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memiliki kelulusan akademik di peringkat tinggi.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bertujuan mengubah persepsi masyarakat iaitu perkhidmatan ATM tidak mementingkan pencapaian akademik.

Menurut beliau, ketika ini kementerian telah menetapkan dasar bahawa mereka yang berjawatan kolonel dan ke atas perlu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana.

“Baru-baru ini kita menghantar tiga pegawai ATM ke National Defence University of Beijing, China untuk mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Strategi Pertahanan.

“Ia bertujuan memastikan pegawai ATM menepati standard global yang tidak bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata-mata tetapi juga minda dan ilmu…

Ulasan: Bagaimana dengan iman?

No comments: