Thursday, January 13, 2011

Kempen: SPR akui tindakan Markom salah

KUALA LUMPUR, 13 Jan: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui, sememangnya menjadi satu kesalahan dari segi undang-undang jika seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir pada sesuatu majlis mengundi sesuatu parti yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof menjelaskan, pegawai kerajaan tidak boleh menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik.

Menurut beliau, sebaliknya, setiap kakitangan kerajaan mesti mengenepikan pandangan dan pendirian politik masing-masing dan menjaga profesional serta sentiasa bersikap berkecuali.

Katanya, bagaimanapun, tidaklah pula menjadi satu kesalahan untuk kakitangan awam menjayakan dasar atau program kerajaan negeri.

"Baik Pakatan Rakyat atau BN, pegawai kerajaan perlu setia kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana (yang mentadbir negeri)," katanya.

Tidak salahnya, katanya, jika mereka memaklumkan kepada rakyat mengenai inisiatif kerajaan negeri, tetapi ia berbeza bila seseorang kakitangan awam berkempen dan secara terbuka meminta mereka yang hadir, untuk mengundi, contohnya, BN atau PKR.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kes seorang pegawai tinggi kerajaan di Johor yang menggesa para guru menyokong calon BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30337:kempen-spr-akui-tindakan-markom-salah&catid=1:utama&Itemid=50

Ulasan: Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi semalam mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor. http://blog2-politik.blogspot.com/2011/01/blog-list-malaysia_10.html. Demikianlah membela tak kena tempat.

No comments: