Thursday, January 13, 2011

Rakyat rugi RM30 juta skandal Pulau Jerejak

Harakahdaily  

GEORGETOWN, 13 Jan: Skandal Pulau Jerejak sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta dengan RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh Syarikat Tropical Island Resort (TIR) di samping kerugian Penang Development Corporation (PDC) sebanyak RM19 juta.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata skandal pemberian Pulau Jerejak kepada Urban Development Authority (UDA) oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon di bawah pemerintahan kerajaan BN sebenarnya melibatkan kerugian kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM30 juta.

“Ini adalah kerana selain daripada kerugian RM19 juta yang ditanggung oleh PDC, kerajaan negeri pun rugi bila RM10.6 juta premium tanah masih tidak dibayar oleh TIR kepada Pejabat Pentadbir Tanah Pulau Pinang,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini...

Ulasan: Demikianlah permainan BN menyedut duit rakyat. Nak undi BN lagi?

No comments: