Wednesday, January 12, 2011

Skop penyiasatan Suruhanjaya Diraja perlu menyeluruh

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Sebanyak 123 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa agar skop penyiasatan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan kerajaan dalam kes kematian pembantu politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock, 7 Januari lalu, dibuat secara menyeluruh dan terperinci.

Kumpulan itu berpendapat skop penyiasatan dijalankan sepatutnya tidak hanya terhad meneliti dan mengkaji peraturan soal siasat yang diguna pakai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa proses siasatan mendiang dijalankan.

Sebaliknya, skop itu sepatutnya meliputi kajian terhadap punca kematian Beng Hock selain memastikan sama ada protokol siasatan diguna pakai SPRM mengikut standard antarabangsa dan hak asasi manusia….

Ulasan: Alan-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Jangan anggap rakyat mudah di perbodoh-bodohkan. Biar telus dan adil.

No comments: