Friday, January 14, 2011

Tulisan Jawi khazanah?

Tulisan Jawi khazanah bangsa perlu dipertahan

IPOH: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah mengingatkan orang Melayu jangan terlalu cepat melatah dan terbawa-bawa dengan agenda sulit serta terselindung yang mahu menghapuskan warisan bangsa. 

Baginda bertitah, orang Melayu yang mempunyai sifat demikian biasanya bersedia diperalatkan untuk membunuh warisan bangsanya sendiri. 
 
Untuk itu, titahnya, usaha memastikan tulisan Jawi terus hidup dan tidak pupus adalah perjuangan bangsa kerana ia sebahagian khazanah yang wajib dikekal, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia. 
“Keupayaan membaca dan menulis Jawi juga mempunyai kaitan penting dengan penghayatan terhadap agama Islam. Al-Quran, hadis dan kitab utama agama Islam adalah dalam tulisan Jawi. 

“Ketidakupayaan umat Islam untuk menguasai tulisan Jawi dikhuatiri menjauhkan mereka daripada sumber dan nashkah asal khazanah ilmu hasil karya pujangga serta ilmuwan Islam,” titahnya ketika merasmikan Persidangan Ke-174 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini, semalam…

Ulasan: Tulisan jawi menjadi khazanah sewaktu UMNO memerintah negara ini.

No comments: